Thursday, 1 March 2012

Keterangan Logo Kadet Koreksional

Perkataan Disiplin, Jatidiri dan Kecemerlangan adalah merupakan moto bagi Kadet Koreksional. Ketiga-tiga ini merupakan prinsip yang perlu dijadikan pegangan oleh setiap anggota Kadet pada setiap masa.

Gabungan warna Biru, Merah, Kuning dan Perang merupakan perlambangan kepada semangat perpaduan anggota Kadet serta penghayatan yang mendalam terhadap semangat patriotisma, sebagai warga yang mencintai dan penyumbang kepada kemajuan negara.

Buku merupakan lambang kepada pencarian ilmu yang perlu dilaksanakan secara berterusan. Setiap anggota Kadet perlu bersedia untuk menimba ilmu pengetahuan sebagai asas pembentukan modal insan yang berintelektual.

Kunci adalah melambangkan setiap anggota Kadet Koreksional mempunyai tekad dan iltizam sebagai remaja berjiwa merdeka yang dapat membebaskan fikiran dari jajahan unsur-unsur negatif supaya dapat membezakan antara buruk dan baik sesuatu perkara.

Obor melambangkan api perjuangan anggota yang bila mana disemaikan bersama semangat didiplin, jatidiri dan kecemerlangan akan dapat menjanjikan masa depan yang cerah.

BERSAMA BERBAKTI

Bersama Kita Bersatu Tenaga
Membentuk Masyarakat Berdisiplin
Tingkatkan Sahsiah Dan Jati Diri
Rakan Sebaya Sama Berbakti
Peraturan Undang-undang Dipatuhi
Memupuk Patriotisme Yang Tinggi
Gejala Sosial Bersama Diatasi
Keamanan Negara Terus Dinikmati

Chorus

Ayuh Kita Buktikan
Koreksional Suatu Penjana
Ke Arah Capai Cita-cita
Cemerlangkan Bangsa Gemilangkan Negara
Kekitaan, Perpaduan Dijalinkan
Saling Membantu Dalam Usaha
Nilai Etika Juga Diterapkan
Kadet Koreksional Teras Kejayaan
IKRAR BADAN BERUNIFORM

Bahawasanya Kami
ahli-ahli Kadet Koreksional
Dengan Sesungguhnya
Berikrar Dan Berjanji
Akan Sentiasa Taat Setia
Kepada Raja Dan Negara
Setiasa Menjunjung
Wawasan Negara Malaysia
Yang Kami Cintai
Berusaha Mencapai Hasrat
Pasukan Kadet Koreksional
Jabatan Penjara Malaysia
Yang Kami Anggotai
Serta Sentiasa
Mengutamakan Kecemerlangan
Kami Juga Berjanji
Akan Mematuhi
Segala Peraturan Yang Ditetapkan
Dan Mengikuti
Semua Aktiviti
Dengan Semangat Berpasukan
Sepanjang Perkhemahan Ini  
Falsafah Penubuhan Kadet Koreksional

Seiring dengan objektif Jabatan Penjara Malaysia untuk membangun dan memperkembangkan seseorang individu melalui latihan, falsafah jabatan dalam aspek latihan kepada pelajar-pelajar sekolah ialah seperti berikut :-

"Ke arah membangunkan keupayaan pelajar-pelajar dalam semua peringkat menengah dengan menyalurkan ilmu pengetahuan yang sesuai, kemahiran dan sikap yang positif agar mereka dapat bersaing di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan nilai sikap positif ke atas diri mereka, tugasan dan organisasi sekolah melalui pendekatan latihan yang kompregensif dengan pembentukan fizikal, mental dan pembangunan kerohanian individu berdasarkan program latihan yang terancang, sistematik dan berterusan"

Falsafah ini menjadi garis panduan samada dalam bentuk pendekatan dan halatuju untuk program Kadet Koreksional di sekolah-sekolah.